STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: 2012

Monday, 31 December 2012

HATI..

Ya ALLLAH..
Andai hati ini mampu untuk berkata-II & luahkan segala rasa yang aku pendamkan selama ni, aku rasa mungkin melimpah perkataan yang dikeluarkan olehnya..
 Aku tak boleh lupakan kau walau sikit pun.. Ya ALLAH, tolonglah hambamu yang hatinya sedang berbelah-bagi ini.. Serius aku cakap yang aku dah tak boleh nak buat apa-II lagi, makin aku try nak lupakan kau, makin dekat aku rasa kau dengan aku, tapi, aku tahu yang kau dah balik baik dengan dia..
Aku tahu yang ajal, maut, jodoh, pertemuan semua ditentukan oleh ALLAH,
Aku sebenarnya dah penat dengan semua ni,
Untuk kau, kalau kau baca entry aku ni, aku harap kau boleh rasa apa yang aku rasa sekarang, tentu kau tahu betapa sayangnye aku kat kau, tapi kau tak paham sebab aku tahu yang kau EGO, EGO dengan perasaan kau sendiri.. Kau tak pernah fikir perasaan aku.. Aku tau yang cinta kita pernah terkubur dulu, tapi semuanya sebab kau sendiri yang buat hal ! Betapa azabnye bila kau muncul dalam ingatan aku, & untuk pengetahuan kau, aku akan nangis bila ingatkan hal ni, aku sentiasa doakan yang kau akan lenyap dari ingatan aku SELAMANYA..

SUKA POST NI? LIKE JER.

Monday, 17 December 2012

LAST DAY IN SCHOOL..











SANGAT^SANGAT MERINDUI MASA NI..
AKU DAH TANAM JASA KAT SINI & HARAP^HARAP DAPAT JADI KENANGAN BUAT SELAMANYA..
LOVE SEMECH FOREVER !

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 28 November 2012

JOM TOPUP PAHALA ^^


Jom tambahkan pahala dengan cara yang mudah kerana ISLAM ITU INDAH & MUDAH..


Cara Sunnah Baginda Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam meminum air :

1. Minum dengan tangan kanan
2. Sebelum minum lihat kedalam air
3. Baca Bismillah sebelum mi
num
4. Minum sekurang-kurangnya 3kali teguk
5. Minum sambil duduk
6. Di sudahi dengan doa

Jom kita amal ツ

SUKA POST NI? LIKE JER.

Friday, 23 November 2012

SOB^SOB :(

WILL MISSING U GUYS..
EVERY SINGLE MOMENT..





Aku akan ingat kenangan kita bersama..
SAYANG SEP MU KETAT^KETAT !
SELAMANYA..
LOVE U GUYS FOREVER !

SUKA POST NI? LIKE JER.

THINK ABOUT IT !


Lama tak update.. Sekarang along tengah exam..Sesak giler otak ni,
bercampur aduk dah sume.. Masalah-II yang belum tentu ada penghujungnya..
Orang lain duk fikir pasal masalah negara, kita duk fikir hal yang belum tentu kita dapatkan benda tu..
Hurmm.. Lumrah dunia.. Kadang-II ada orang suka, kadang-II tak.. Terserahlah..
Cakap pasal hati ni, kadang-II memeritkan yang teramat sangat!!!
Aku nak kau tau yang aku sayang kau gile-II, tapi..
aku tau yang kau takkan ada perasaan tu lagi kat aku & aku tau kita takkan balik cam dulu lagi..
Dalam hati aku hanya ALLAH S.W.T je yang tau betapa happy hidup aku bila kau muncul balik dalam hidup aku.. Tapi, lain jadinya.. Kau dah tak macam dulu lagi..
And aku tau yang kau still sayangkan ex kau..
Aku faham.. Tapi..
I need my old life!! Hurm.. Kalau dah tak suka kenapa muncul balik dalam hidup ni!
Aku sebenarnya dah PENAT + LETIH + SEKSA dengan benda yang ntah apa-II ni..
Aku tau yang aku ni tak macam yang kau harapkan,
So, tolong jangan buat aku bagi harapan kat kau.. Aku tau aku bukan macam SI DIA..
Aku cuma manusia biasa yang ada hati & perasaan macam orang lain..
Aku harap yang aku akan dapat buang kau jauh-II dari HIDUP AKU..
FOREVER & EVER, FOR THE WHOLE LIFE!
FULLSTOP!






SUKA POST NI? LIKE JER.

Thursday, 8 March 2012

H A T I ^ Y A N G ^ D I C I P T A

Kadang^kadang kita tak menyangka hati ni seringkali berubah.. Ada rasa CINTA, SAYANG, RINDU, BENCI ataupun MARAH.. Kadang^kadang SEDIH, kadang^kadang TERLUKA.. Namun, kita tak menyangka mahupun sedar, hati kecil ini milik SI EMPUNYA BERKUASA.. ALLAH S.W.T yang mencipta sekalian alam.. Namun, setiap manusia dikurniakan HATI & PERASAAN untuk menyayangi antara satu sama lain.. Kehidupan yang berlandaskan syariat akan membataskan perhubungan antara pasangan yang BUKAN MUHRIM dalam meneruskan perhubungan supaya hati tidak digelodak oleh NAFSU yang melulu.. Oleh itu, binalah hati yang SUCI dalam meneruskan perjalanan hidup sebagai KHALIFAH DI MUKA BUMI yang telah ALLAH S.W.T kurniakan kenikmatan hidup dalam mencari SINAR KEBAHAGIAAN menuju SYURGA FIRDAUSI.. AMIN..

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 25 January 2012

S E C E B I S ^ K A T A^S E O R A N G ^W A N I T A


Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya. Tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.
Allah tidak menciptakan wanita atau sebagai barang pertukaran,  apatah lagi sekadar objek buat lelaki. Tetapi Allah menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di syurga. Juga Allah menciptakan wanita sebagai pasangan hidup lelaki yang akan menyempurnakan hidupnya sekaligus melahirnya generasi, disamping tunduk dan beribadah kepada Allah.

Tetapi, mengapa  ada lelaki yang tunduk di bawah kaki wanita. Mengemis cintanya, berharap kasih sayangnya dengan menggadaikan kepemimpinan, bahkan kehormatan dan harga dirinya.
Wanita dipuja bagai dewa, disanjung bagai Dewi Shinta, yang banyak menyebabkan lelaki buta mata, buta telinga, bahkan buta mata hatinya. Namun ada juga yang menganggap rendah wanita. Wanita dinista, dihina. Kesuciannya dijadikan objek yang tidak bernilai harganya. Tenaganya dieksploitasi bagaikan kuda. Kelembutannya dijadikan transaksi murahan yang tak seimbang nilainya.
Wanita dijadikan sekedar pemuas nafsu, bila habis madunya, dengan seenaknya dibuang ke tempat sampah, atau dianggap selipar jepun  yang tak berguna.
Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita melihat mereka menjajakan diri didalam gelap malam yang mencekam. Relakah kita melihat mereka membanting tulang mengumpulkan ringgit atau sebagai risikonya dengan mayat terbujur kaku?
Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya seperti   jasad hidup yang tidak memiliki nilai?
Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya lapar, liar, ganas, tidak berpendidikan, bodoh, dungu, hanya kerana ketidakmampuan ayah memberi nafkah, kerana ketidakmampuan kita medidik dan mencintainya, kerana ketidakmampuan kita melindunginya, sebagaimana Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dekat dengan hatinya untuk dicintainnya.
Dia tetap wanita, yang diciptakan Allah SWT dengan segala kelebihan dan kekuranganya. Tidak layak manusia dengan akalnya yang kerdil ini mengganti kedudukannya apa lagi fitrahnya.
Wanita bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya. Berlemah lembutlah dalam melayan mereka, kerana jika tidak, mereka boleh menjadi seganas serigala.


SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 24 January 2012

R O K O K ^ D I H A R A M K A N ?

 Sekarang ni, ramai betul belia^belia, pemuda^pemudi, & golongan yang sebagainya menghisap rokok, walaupun sekarang rokok dah naik harga, tetap jugak nak beli, tapi, tahukah anda, mengapakah Islam mengharamkan ROKOK? Jom kita baca artikel ni.. Check this out :)

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

 

SUKA POST NI? LIKE JER.

Saturday, 21 January 2012

TAHUN BARU CINA ?

Bersempena dengan TAHUN BARU CINA yang bakal berlangsung ni, aqu nak kongsi cket dengan korang pasal TAHUN BARU CINA ni..

Tahukah anda :
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.
Sebelum Tahun Baru :
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

 Hari pertama


Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[5]
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

 Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.[6] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

 Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[6] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.[7]

 Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

 Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.[8]
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.[8][9]

 Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

 Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

 Hidangan Tahun Baru

 Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: ) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[4][10]

 Intisari makanan

Nama Bahasa Cina [*] Huraian
Luohan zhai 羅漢齋 (罗汉斋) luóhàn zhāi Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu.
Ikan () Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (Cina: ; pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.
Yee sang 魚生 (鱼生) yúshēng Ikan Salmon yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.[9]
Ladu jiaozi 餃子 (饺子) jiǎozi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.
Limau mandarin 金橘 jīnjú; atau
gān
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.
Kuih bakul 年糕 niángāo Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".[3]
Mi
Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula-gula
Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.
Tikoy
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).

SUKA POST NI? LIKE JER.

Friday, 13 January 2012

B A C K ^ T O ^ S C H O O L !

Bermulanya cerita aqu kali ni dengan cerita sal HOSTEL aqu..
Korang ada tak yang stay kat hostel ? mesti bestkan..
Sama gak dgn aqu..
aqu da stay hostel dkt dengan 8 taon..
banyak pengalaman yang aqu da tempuh..
ada manis, ada jugak, tapi kadang^kadang masin gak la lao nak diikutkan,
tapi, lao kita bersabar, INSYAALLAH, kita akan dapat terus bertahan..
Tahun ni, melangkah ke alam SPM..
Jenuh r.. Kelas tambahan lagi, adoyai, camne erk..
kadang^kadang aqu bosan gak, tapi pk kan ma, abah, family, aqu teruskan gak walaupun dalam keadaan yang amat malas..
Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan, jadi untuk permulaan tahun baru ni,
aqu akan belajar sebaik yang mungkin untuk gapai cita^cita & impian aqu,
korang pon, tolong doakan aqu k..
Sabar separuh daripada iman, tu prinnsip aqu..
sentiasa bersabar dalam apa jua perkara yang kita lakukan,
insyaALLAH, yang diatas sana akan terus membantu kita..
AMIN.. :)

.



SUKA POST NI? LIKE JER.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012