STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: January 2013

Thursday, 31 January 2013

Bersyukur..

Pejam celik, pejam celik, hari ni kiranya dah cukup sebulan saya memegang title " EX-STUDENT SEMECH ",kejap je rasanya dunia ni berlalu, melangkaui semuanya.. Alhamdulillah, setakat ni saya masih bersyukur kerana dapat lagi bernafas dengan bekalan oksigen yang cukup melebihi yang dikurniakan oleh sang pencipta kita ALLAH SWT.. Namun begitu, masih ada lagi segelintir manusia yang saya rasakn tidak bersyukur diatas kurniaan & rezeki yang melimpah ruah yang semakin mencurah-curah di negara tercinta ini, kenapa masih ada yang bersikap sedemikian? Seharusnya kita patut bersyukur negara kita tidak menjadi seperti negara saudara seagama kita, Bumi Palestin yang terpaksa bergelumang dengan seksaan, pertumpahan darah berlaku setiap hari.. Teringat saya akan beberapa maksud potongan ayat suci Al-Quran yang berbunyi :

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Albaqarah:155-15 "
serta

" Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Surah Ibrahim:7) "

Jelaslah bahawa ayat ini menjelaskan bahawa kita perlu bersyukur.. Dan marilah kita bersama-sama mengucapkan ALHAMDULILLAH & berterusan berdoa kepada ALLAH SWT agar hidup kita sentiasa dirahmati & mendapat keberkatanNya.. Amin...


SUKA POST NI? LIKE JER.

Saturday, 26 January 2013

Maulidur Rasul..

& salam sejahtera..
hari ni, saya nak berkongsi sedikit pengetahuan mengenai Maulidur Rasul.. Sebagai umat islam, kita kenalah mengetahui tentang sirah-II baginda kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W, ni saya dapat dari wikipedia.. Jom Baca..

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.
Nama lain bagi Maulidur Rasul.
NamaBahasaMaksud
Mawlid an-NabīArab"Kelahiran Nabi"
Milād an-NabīArab dan Urdu"Kelahiran Nabi"
Mevlid-i ŞerifTurki"Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlidbahasa Bosnia"Kelahiran"
Mawlūd-e SharīfUrdu dan Dari"Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e AkramParsi"Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-NabawīArab"Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-NabīUrdu"Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui EcharifArab Algeria"Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-NabiArab Mesir"Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-NabīArab"Hari Nabi"
Maulidur-RasūlMelayu"Kelahiran pesuruh Allah"
MuludJawa"Kelahiran"
Maulid NabiIndonesia"Kelahiran Nabi"
Maulud NabiMalaysia"Kelahiran Nabi"
MaulidiSwahili-
Meeladu NabiSri LankaIndia Selatan danMaldives"Kelahiran Nabi"
GamouWolof-
Nabi/Mahanabi JayantiSanskrit dan India"Kelahiran Nabi (yang agung)"
Maulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Menurut fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja'far al-Sadiq dan kelahiran Nabi Muhammad dan bagi Sunni pula jatuh pada 12 Rabiulawal.
Tarikh anggaran Maulidur Rasul tahun 2008-2013[1]
Tahun Masihi12 Rabiulawal
(Sunni dan segelintir orang Syiah)
17 Rabiulawal
(Syiah)
2008*20 Mac25 Mac
2009*9 Mac14 Mac
2010*26 Februari3 Mac
2011*15 Februari20 Februari
20124 Februari9 Februari
201324 Januari29 Januari
* Tarikh yang pasti. Tarikh yang lain adalah anggaran sahaja kerana tarikh sebenar mungkin berbeza berdasarkan pemerhatian pada anak bulan bagi awal bulan.

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 2 January 2013

MENJAGA HATI..


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu tetapi Allah memandang kepada hati-hati kamu dan niat-niat kamu". Hati merupakan raja. Jikalau hati yang baik nescaya kita akan menjaga individu yang baik. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya di dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging,apabila baik daging tersebut maka akan baiklah seluruh badan. Namun jikalau rosak daging tersebut maka akan rosaklah seluruh badan. Ketahuilah daging tersebut adalah hati".

Justeru menjadi kewajipan kita menjaga hati kita daripada terlibat dengan syirik, nifak, riyak, takbur dan sifat-sifat mazmunah yang lain. Hati kita juga kadang-kadang lalai daripada mengingati Allah. Oleh sebab itu untuk mengatasi masalah hati lalai kita hendaklah berdampingan dengan alim ulama. Mereka akan sentiasa memberi peringatan dan nasihat kepada kita. Jikalau kita tidak mampu dan tidak berkesempatan berdamping dengan alim ulama maka kita hendaklah berusaha membaca buku-buku hasil karangan mereka. Dengan ini kita akan sentiasa mengingati Allah dan kematian.

Hati kita juga berbolak balik. Kadang-kadang kita bersemangat melakukan amal ibadat dan ada masanya kita malas melakukan ibadat. Justeru berdoalah kepada Allah dengan doa yang ma'thur iaitu : " Ya Tuhanku yang membolak balikkan hati, maka tetapkanlah hatiku di atas agamamu".

Mudah-mudahan kita memiliki hati yang tulus ikhlas dan sejahtera kerana Allah berfirman yang bermaksud :"Pada hari akhirat harta benda dan anak-anak tidak lagi memberi manfaat kecuali manusia yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera".
SUKA POST NI? LIKE JER.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012