STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: MENJAGA HATI..

Wednesday, 2 January 2013

MENJAGA HATI..


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu tetapi Allah memandang kepada hati-hati kamu dan niat-niat kamu". Hati merupakan raja. Jikalau hati yang baik nescaya kita akan menjaga individu yang baik. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya di dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging,apabila baik daging tersebut maka akan baiklah seluruh badan. Namun jikalau rosak daging tersebut maka akan rosaklah seluruh badan. Ketahuilah daging tersebut adalah hati".

Justeru menjadi kewajipan kita menjaga hati kita daripada terlibat dengan syirik, nifak, riyak, takbur dan sifat-sifat mazmunah yang lain. Hati kita juga kadang-kadang lalai daripada mengingati Allah. Oleh sebab itu untuk mengatasi masalah hati lalai kita hendaklah berdampingan dengan alim ulama. Mereka akan sentiasa memberi peringatan dan nasihat kepada kita. Jikalau kita tidak mampu dan tidak berkesempatan berdamping dengan alim ulama maka kita hendaklah berusaha membaca buku-buku hasil karangan mereka. Dengan ini kita akan sentiasa mengingati Allah dan kematian.

Hati kita juga berbolak balik. Kadang-kadang kita bersemangat melakukan amal ibadat dan ada masanya kita malas melakukan ibadat. Justeru berdoalah kepada Allah dengan doa yang ma'thur iaitu : " Ya Tuhanku yang membolak balikkan hati, maka tetapkanlah hatiku di atas agamamu".

Mudah-mudahan kita memiliki hati yang tulus ikhlas dan sejahtera kerana Allah berfirman yang bermaksud :"Pada hari akhirat harta benda dan anak-anak tidak lagi memberi manfaat kecuali manusia yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera".
SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012