STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: February 2013

Tuesday, 26 February 2013

1th Bombastic Giveaway by Cik Amebee

Salam berblogging semua, hari ni kawan Aika ada tag satu segmen ni tau, cam masyuk je.. Haha, tamak je kan? Haha.. Jom kita serbu GA ni..
Klik untuk join !
tag : Capital M , Alia , Faraliya

SUKA POST NI? LIKE JER.

MOOD hilang kerana RESDUNG !



Salam berblogging semua, hari ni saya nak kongsikan sedikit petua untuk mencegah resdung. Kadang-kadang mood kita pun boleh hilang kerana RESDUNG ! Tapi sebelum kita tengok cara untuk mencegahnya, mari kita baca puncanya terlebih dahulu.

PUNCA-PUNCA

Seseorang itu akan mengalami alahan sama ada alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit ataupun kutu.
Di saat kamu mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Akibatnya, pergerakan udara dalam hidung tidak dapat dikeluarkan sehingga kulat akan tumbuh & kawasan dalam hidung akan semakin membengkak. Dalam situasi ini, anda akan berasa amat sakit.
Resdung juga boleh terjadi sekiranya struktur hidung tidak normal, mungkin disebabkan oleh tulang hidung yang retak atau patah ketika kemalangan.
Ramai yang tidak tahu bahawa kerosakan di bahagian gusi atas boleh menjadi punca resdung. Kuman atau bakteria yang berasal daripada kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus serta menyebabkan resdung kerana kedudukannya yang dekat dengan rongga sinus.
Menurut kajian, tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang & mengakibatkan terjadinya penyakit ini. Jadi berhati-hati kepada anda yang ' gilakan air ' itu.
Resdung mampu menghilangkan mood seseorang. Lebih parah lagi apabila resdung mampu merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan selain ia juga boleh menjangkiti otak. Perlu juga diambil tahu bahawa resdung bukannya penyakit keturunan!
ha.. Banyak tak? Takut kan? Nak tahu tanda-tandanya tak? Jom kita baca..
TANDA-TANDA
  1. Hidung kerap tersumbat.
  2. Lendir yang keluar dari hidung & tekak.
  3. Rasa sakit atau berat di bahagian mata.
  4. Sakit tekak yang berpanjangan & berulang.
  5. Demam.
  6. Alahan hidung seperti bersin & gatal hidung.

CARA MENCEGAHNNYA

Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing & arnab.
Jika anda mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Ini kerana habuk mudah merebak ketika anda sedang membersihkannya.
Sentiasalah mencuci & menjaga kebersihan muka anda.
Jangan menggunakan sarung bantal, cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Jika anda mengalami alahan terhadap makanan tertentu, elakkan daripada mengambil makanan tersebut.
Rajin-rajinlah membersihkan rumah terutamanya permaidani. Jika anda tidak suka gunakan penyapu, gunakanlan penyedut hampagas.
Minum air suam dengan kadar yang banyak. Seelok-eloknya amalkan minum sup panas.

Ok, setakat itu dahulu petua kali ini, moga-moga ALLAH mempermudahkan segalanya.. Amin..

SUKA POST NI? LIKE JER.

Monday, 18 February 2013

Segmen Klik Sana! Klik Sini!


Salam berblogging semua, huhu.. Malas rasanya nak buka laptop nak update, tak tau kenapa.. Bila buka tadi, ternampak la satu GA ni, rasa macam nak join je, mana tahu dapat rezeki tu kat saya.. Hehe..*cam tamak je .. Haha.. Ok, GA kali pun macam masyuk je, apa kata kita join jugak, nak tak? :)


KLIK BANNER UTK JOIN

HADIAH

 Mencari 50 pemenang untuk segmen ini.

10 Blog Review
20 Bloglist Tahunan
10 Promosi header
2 Topup
2 Tudung Bawal
2 Buah Novel
2 Buah Header
2 Brooch Roses paling mahal dalam dunia. ( Tuan punya blog cakap , haha )

Tag : Zuliana , Atyn

SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 12 February 2013

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

Salam berblogging semua .. Jom kita pakat-II join segmen ni pulak .. Mana la tau ada rezeki lagi nak menang hadiah .. Haha .. Gila-II , dah banyak saya join GA ni , alhamdulillah , baru dapat satu , hehe .. Rezeki .. Kena la pandai cari , nak tunggu bergolek depan mata tu yang susah sikit , tambah-II pulak sekarang keje tanam anggur , haha , tu yang lambat nak dapatkan hasil, haha.. Ok, berbalik mengenai GA kali ni , double WOW hadiah dia , tersangat la banyak sponsor , so , why not we just try? Mana tau . tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu , betul tak ?

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Senarai sponsor GA kali ni :
Cikgu Fizi ☺ Fizgrafic.comEmasputih.com ☺ Duniashida.com Aimancool.com

Hadiah-Hadiah yang bakal pemenang terima adalah :

Topup RM5 (celcom/maxis/digi) x 32 pemenang (cikgu fizi)
Bizcard (4box) x 2 pemenang (fizgraphic.com)
sticker x 5 pemenang (aimancool.com)
Button badge x 5 pemenang (duniashida.com)
T-shirt Blogger x 2 pemenang (kisahemasputih.com)


Siapa yang bakal Menerima Hadiah Menarik ini :

Top Referrel x 1 (BizCard 2box)
4 Pemenang Utama Berdasarkan entri dan blog
Topup + BizCard 2box
Topup + Sticker
Topup + Button Badge
Topup + T-Shirt Blogger


Selebihnya menggunakan random yang bertauliah dan adil 
Topup RM5 x 28 pemenang
Sticker x 4 pemenang
Button Badge x 4 pemenang
T-Shirt x 1 pemenang


Total Hadiah sebanyak = 42 (jika peserta melebihi 300++ hadiah akan digandakan)

Tak ke DOUBLE WOW hadiah dia, apa lagi , jom kita serbu ramai-II .. Yeeehhaaaa !!


SUKA POST NI? LIKE JER.

Topup Giveaway By #Capital_M

Salam berblogging, join segmen lagi, hehe.. Jom ramai-II join, mana tau la kan ada rezeki datang bergolek-II kat depan mata korang & saya *lepasan spm kan, paham-II jela, haha.. Jom kita ramai-II serbu GA ni..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Anda di TAG !

☺ Sulyanie , ☺ Siti , ☺ Iyka



SUKA POST NI? LIKE JER.

Merawat Senggugut


Salam berblogging semua, hari ni saya nak kongsikan mengenai senggugut, senggugut ni paling ditakuti oleh wanita, kadang-kadang boleh mengundang bahaya kalau tak dijaga dengan betul. Jom kita lihat cara & petua untk merawat SENGGUGUT.. 


Cara merawat senggugut amat diperlukan oleh ramai gadis dan wanita. Senggugut merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh ramai wanita. Cara merawat senggugut dikongsikan dalam petua dibawah.
Ada 12 cara merawat senggugut yang boleh diamalkan oleh wanita antaranya;
Pilihan 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya. Ini merupakan cara merawat senggugut yang agak mudah dan boleh diamalkan
Pilihan 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.
merawat senggugut cara mudah
Petua Merawat Senggugut
kLIK GAMBAR UNTUK MENGETAHUI BANYAK LAGI PETUA-PETUA MENARIK

Pilihan 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 4: Seterusnya cara merawat senggugut dengan menggunakan kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.
Pilihan 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna – ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.
Pilihan 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.
Pilihan 7: Pucuk rambutan juga boleh digunakan sebagai cara merawat senggugut; yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.
Pilihan 8: Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.
Pilihan 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.
Pilihan 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.
Pilihan 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit. Ini juga merupakan cara merawat senggugut yang boleh diamalkan.
Pilihan 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


SUKA POST NI? LIKE JER.

Sunday, 10 February 2013

Topup Free by Yanie Andierah

Salam berblogging semua, hehe ( senyum lebar je , haha ) Lepas dapat tempat kedua dalam segmen My Bestie by Ika Atiyka, rasa macam berani nak join lagi, hehe.. Jom join lagi, mana tau ada rezeki lagi..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Senarai URL blog untuk Yanie Andierah
1. yaniesweetsour.blogspot.com
2. yandielat.blogspot.com
3. dierahsipelat.blogspot.com
4. sipelatberceloteh.blogspot.com
5. nierah.blogspot.com

Anda di TAG !
1. Iyka Atika
2. Ain 
3. Rodiyatul
4. Najihah

SUKA POST NI? LIKE JER.

Friday, 8 February 2013

Khas Untuk AWAK !

Salam ukhwah..
Entry kali ni, saya tujukan khas untuk awak ( kalau awak baca blog ni ) , saya harap awak faham saya , tapi saya rasa takkan? Sebab awak tak pernah untuk cuba faham saya , walaupun sikit .. Saya tahu yang hati awak sekarang milik dia , bukan milik saya lagi & saya juga tahu bahawa si dia memerlukan awak seperti mana awak memerlukan saya suatu ketika dulu .. Setiap kali fikiran ni menerjah , memikirkan awak , hati saya mula meronta , fikiran saya bercelaru & air mata mula bergenang ..


 Saya cuba untuk lupakan awak , tapi saya tak mampu , semakin saya cuba , semakin dekat saya dapat rasakan .. Mungkin awak fikir yang saya tuliskan entry ni untuk meraih simpati awak , jangan salah sangka , saya hanya ingin luahkan apa yang terbuku & tersemat di dada saya untuk beberapa bulan ni .. Awak letakkan harapan kat saya .. Pernah saya terfikir yang saya ni terlalu BODOH kerana berikan peluang untuk awak kembali ke dalam hidup saya buat sekian kalinya & untuk pengetahuan awak ,


  saya kini dalam misi berusaha & terus berusaha untuk lenyapkan segala tentang awak kerana saya yakin & pasti bahawa suatu hari nanti ALLAH SWT telah tetapkan yang terbaik buat diri saya & saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk diri awak serta si dia .. Wassalam..

SUKA POST NI? LIKE JER.

Thursday, 7 February 2013

Pre-loved Novel Giveaway

Salam berblogging semua, hehe.. Jom join segmen lagi,mana tau kan ada rezeki dapat hadiah..
KLIK BANNER UNTUK JOIN
tag : Ain Nadirah

SUKA POST NI? LIKE JER.

Segmen Blogger i2 Sahabatku

Segmen lagi , hehe ..Jom join..
KLIK BANNER UNTUK JOIN

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 6 February 2013

Segmen : My Bestie by Ika Atiyka ( TAMAT )

Salam berblogging, hehe.. Jom join segmen ni..
Persahabatan tidak akan pernah putus andai kejujuran & sikap yang memahami antara satu sama lain, Ukhwah till Jannah..
tag : Ain Nadhirah

SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 5 February 2013

Wait & See (",)



Salam berblogging..
hehe.. ( budget je senyum-II ).. Chewahh.. Sebenarnya, nak tanya, ada nampak perubahan tak kat blog ni?
hehe..
Blog ni sebenarnya dalam sesi perbaharuan semula..
so, tunggu entry lain nanti..
nantikan kemunculan kami.. hak2..

SUKA POST NI? LIKE JER.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012