STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Khas Untuk AWAK !

Friday, 8 February 2013

Khas Untuk AWAK !

Salam ukhwah..
Entry kali ni, saya tujukan khas untuk awak ( kalau awak baca blog ni ) , saya harap awak faham saya , tapi saya rasa takkan? Sebab awak tak pernah untuk cuba faham saya , walaupun sikit .. Saya tahu yang hati awak sekarang milik dia , bukan milik saya lagi & saya juga tahu bahawa si dia memerlukan awak seperti mana awak memerlukan saya suatu ketika dulu .. Setiap kali fikiran ni menerjah , memikirkan awak , hati saya mula meronta , fikiran saya bercelaru & air mata mula bergenang ..


 Saya cuba untuk lupakan awak , tapi saya tak mampu , semakin saya cuba , semakin dekat saya dapat rasakan .. Mungkin awak fikir yang saya tuliskan entry ni untuk meraih simpati awak , jangan salah sangka , saya hanya ingin luahkan apa yang terbuku & tersemat di dada saya untuk beberapa bulan ni .. Awak letakkan harapan kat saya .. Pernah saya terfikir yang saya ni terlalu BODOH kerana berikan peluang untuk awak kembali ke dalam hidup saya buat sekian kalinya & untuk pengetahuan awak ,


  saya kini dalam misi berusaha & terus berusaha untuk lenyapkan segala tentang awak kerana saya yakin & pasti bahawa suatu hari nanti ALLAH SWT telah tetapkan yang terbaik buat diri saya & saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk diri awak serta si dia .. Wassalam..

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012