STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: MOOD hilang kerana RESDUNG !

Tuesday, 26 February 2013

MOOD hilang kerana RESDUNG !



Salam berblogging semua, hari ni saya nak kongsikan sedikit petua untuk mencegah resdung. Kadang-kadang mood kita pun boleh hilang kerana RESDUNG ! Tapi sebelum kita tengok cara untuk mencegahnya, mari kita baca puncanya terlebih dahulu.

PUNCA-PUNCA

Seseorang itu akan mengalami alahan sama ada alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit ataupun kutu.
Di saat kamu mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Akibatnya, pergerakan udara dalam hidung tidak dapat dikeluarkan sehingga kulat akan tumbuh & kawasan dalam hidung akan semakin membengkak. Dalam situasi ini, anda akan berasa amat sakit.
Resdung juga boleh terjadi sekiranya struktur hidung tidak normal, mungkin disebabkan oleh tulang hidung yang retak atau patah ketika kemalangan.
Ramai yang tidak tahu bahawa kerosakan di bahagian gusi atas boleh menjadi punca resdung. Kuman atau bakteria yang berasal daripada kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus serta menyebabkan resdung kerana kedudukannya yang dekat dengan rongga sinus.
Menurut kajian, tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang & mengakibatkan terjadinya penyakit ini. Jadi berhati-hati kepada anda yang ' gilakan air ' itu.
Resdung mampu menghilangkan mood seseorang. Lebih parah lagi apabila resdung mampu merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan selain ia juga boleh menjangkiti otak. Perlu juga diambil tahu bahawa resdung bukannya penyakit keturunan!
ha.. Banyak tak? Takut kan? Nak tahu tanda-tandanya tak? Jom kita baca..
TANDA-TANDA
  1. Hidung kerap tersumbat.
  2. Lendir yang keluar dari hidung & tekak.
  3. Rasa sakit atau berat di bahagian mata.
  4. Sakit tekak yang berpanjangan & berulang.
  5. Demam.
  6. Alahan hidung seperti bersin & gatal hidung.

CARA MENCEGAHNNYA

Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing & arnab.
Jika anda mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Ini kerana habuk mudah merebak ketika anda sedang membersihkannya.
Sentiasalah mencuci & menjaga kebersihan muka anda.
Jangan menggunakan sarung bantal, cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Jika anda mengalami alahan terhadap makanan tertentu, elakkan daripada mengambil makanan tersebut.
Rajin-rajinlah membersihkan rumah terutamanya permaidani. Jika anda tidak suka gunakan penyapu, gunakanlan penyedut hampagas.
Minum air suam dengan kadar yang banyak. Seelok-eloknya amalkan minum sup panas.

Ok, setakat itu dahulu petua kali ini, moga-moga ALLAH mempermudahkan segalanya.. Amin..

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012