STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Anak Perisai Api Neraka..

Tuesday, 5 March 2013

Anak Perisai Api Neraka..

Kezaliman berleluasa berlaku di akhir zaman
Daripada  az-Zubair bin Adi katanya : " Kami sudah menemui Anas Bin Malik R.A ( di Basrah ) mengadu beberapa hal mengenai tindakan ( kezaliman ) al-Hajaj. Jawab Anas R.A : " Bersabarlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal ( menemui mati ). Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW ( Riwayat Bukhari ). Huraiannya :
  1. Masa akan datang lebih berat bagi manusia daripada masa lalu.
  2.  Keburukan akan berleluasa pada zaman akhir.
  3.  Setiap orang perlu segera beramal & melakukan kebajikan.

Sebaik-baik jiran tetangga
Daripada Abu Dzar RA katanya, sabda baginda Rasulullah SAW : Wahai Abu Dzar, apabila kamu merebus daging ( membuat sup ) perbanyakkanlah airnya ( kuahnya ) & hendaklah engkau ingat akan jiran engkau.
Dalam riwayat lain, daripada Abu Dzar juga katanya : Sesungguhnya kekasihku ( Rasulullah SAW ) telah berpesan kepadaku, apabila engkau memasak daging, hendaklah engkau memperbanyakkan airnya, kemudian lihatlah kaum keluarga jiran engkau & berilah sebahagian daripadanya dengan cara yang baik. Huraiannya :
  1. Satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran ialah dengan menghadiahkan sebahagian makanan yang kita makan khursusnya makanan yang mempunyai bau kuat & jiran berhajat kepadanya.
  2. Islam mengajar umatnya mengambil tahu hal jiran & menyuruh berbaik-baik antara satu sama lain.
  3. Agama juga menyuruh umatnya mewujudkan silaturrahim dengan jiran tetangga.


Anak perisai api neraka

Daripada Aisyah katanya : " Datang ke rumahku seorang perempuan meminta ( makanan ), tidak ada sesuatu di sisiku melainkan sebiji kurma lalu aku memberikan kepadanya. Dia pun membahagikan sebiji kurma tadi kepada dua anaknya & dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia keluar ( dari rumah Aisyah ). Selepas Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku pun memberitahunya ( peristiwa itu ), maka Baginda bersabda " Sesiapa diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan ( memelihara ) dengan baik adalah mereka manjadi penghalang daripada api neraka ". Huraiannya :
  1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang meminta, sekalipun dengan pertolongan yang sedikit.
  2. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anaknya seperti aspek makan & minum serta  pakaian.
  3. Ibu bapa yang mendidik & mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.  

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012