STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Duit bukan segalanya !

Sunday, 3 March 2013

Duit bukan segalanya !



Tidak dinafikan WANG atau lebih dikenali sebagai DUIT sememangnya amat diperlukan dalam kehidupan seharian.. Namun, kerana wang juga manusia terus alpa, kerana wang juga manusia mulai bongkak, kerana wang juga manusia bergaduh sesama sendiri. Sememangnya tidak boleh disangkal lagi wang merupakan keperluan seseorang individu termasuk saya, tetapi wang juga boleh menggelapkan mata manusia.. Wang sememangnya tidak boleh membeli kasih sayang seseorang insan :) 
Walaupun budaya kita mengatakan bahawa duit adalah jawapan kepada segala masalah kita, kita juga mendengar duit itu jahat. Duit adalah punca kejahatan ! Mari kita lihat apa yang duit boleh buat & tidak boleh buat :
Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”

Anda lihat ! Duit bukan segalanya ! 

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012