STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Seorang Sahabat ^^

Tuesday, 23 April 2013

Seorang Sahabat ^^


Malam ni, aku ingin menceritakan mengenai perkenalanku dengan salah seorang SAHABAT BERBAKAT..
 
untukmu sahabat sejati photo untukmusahabat.jpg

Perkenalan yang tak disangka bermula ketika kami masih menuntut di tingkatan satu, berlainan sekolah, berlainan negeri, berlainan latar belakang & namun mempunyai keputusan UPSR yang sama iaitu 5A.. Kami dikenalkan & diperkenalkan oleh sahabat aku yang merupakan salah seorang rakanku ketika menuntut di sekolah rendah..

Walaupun keputusan UPSR kami sama, mungkin nasib & rezeki yang berbeza menyebabkan kami menuju haluan masing-masing, aku masih bersekolah di tempat yang sama, manakala rakan-rakanku pula menuju ke tempat yang lebih baik persekitaran & pembelajarannya.. Namun, aku tetap bersyukur kerana masih mempunyai rakan-rakan seperti mereka..

Berbalik kepada SAHABATKU tadi, dia merupakan seorang sahabat yang baik, walaupun perkenalan kami hanya di telefon & aku melihat gambar yang dihantarnya sahaja.. Aku agak selesa berbual, seperti perkenalan kami sudah lama.

Pada pandangan aku, aku rasakan dia seorang yang sangat berbakat apabila aku terlihat gambarnya berada di salah sebuah surat khabar perniagaan yang dimuat naik ke laman sosial miliknya..
Kadang-kala aku juga selalu menyakatnya apabila aku rasa bosan, aku akan menelefonnya & berbual..
Persahabatan kami akhirnya melonjak sehingga kami di tingkatan 3, masing-masing sibuk dengan pelajaran kerana pada tahun itu kami akan menghadapi peperiksaan PMR, walaupun sibuk, kami masih berhubung, sehinggalah keputusan PMR dikeluarkan, dia mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A, namun aku, sebaliknya, hanya cukup-cukup makan sahaja, namun, dia tidak pernah merendahkan aku, sebaliknya begitu kuat melontarkan kata-kata semangat & nasihat buat sahabat-sahabatnya, TERIMA KASIH KAWAN..

Ketika kami berada di tingkatan empat, aku masih ingat waktu itu, aku saja ingin mengacaunya dengan menelefonnya.. Waktu kami berbual dia mengatakan bahawa dia berpeluang ke KOREA, aku rasakan itu peluang yang semua orang nanti-nantikan.. Pada masa yang sama aku juga mengatakan bahawa aku sibuk dengan projek sains peringkat kebangsaan yang aku akan bentangkan di Shah Alam beberapa hari sebelum dia berangkat ke KOREA
..
Semasa berada di Shah Alam, aku serta rakan-rakanku telah dibawa melawat sekitar Putrajaya.. Setelah dibawa meronda ke Masjid Putrajaya, kami dibawa pula ke Alamanda Putrajaya yang terletak berhampiran dengan sekolah sahabatku itu. Ketika itu, aku secara tidak sengaja & terdetik hati menekan nombor telefon bimbit sahabatku itu.. Suatu yang tidak ku jangkakan, sahabatku juga berada di situ juga ketika itu kerana mengeluarkan sejumlah wang untuk dibawa ke KOREA pada keesokkan harinya, mujurlah kami pernah bertukar-tukar gambar sebelum ini, kalau tidak takkan ku kenal siapa gerangan sahabatku ini.. Kami berbuala-bual, hanya seketika kerana sahabatku juga pada waktu itu sudah lewat untuk memasuki asramanya, manakala aku perlu mencari barang.. Di situlah pertama kali aku berjumpa dengan sahabatku.

Memasuki alam persekolahan di tingkatan 5 membuatkan aku sering membeli majalah FOKUS SPM setiap bulan untuk kegunaanku sebagai rujukan, aku sering membaca karya-karya yang di selitkan di dalam majalah tersebut, pada pandangan aku itu karya-karya yang mengagumkan, aku juga bercita-cita ingin menghantar karya-karyaku, tetapi masih belum terlaksana..

Pada suatu hari, ketika aku sedang sibuk berbual dengan sahabatku di laman sosial, aku terpandang satu pautan sebuah blog, rupa-rupanya sahabatku ini juga seorang penulis blog, aku cuba membaca & menghabiskan setiap ayat yang disusun dengan penuh keindahan sebagai seorang penulis..
Pada masa yang sama, barulah aku tau yang sahabatku ini juga seorang pemidato seperti aku & rupa-rupanya karya yang ku baca selama ini adalah milik beliau, sungguh aku tak percaya.. Bagi diriku, walaupun kadan-kadang dirinya agak poyo namun dia seorang yang sangat berbakat. Namun, mungkin kerana aku tidak pernah mengatakan perkara tersebut, menyebabkan dia tidak tahu yang aku selalu menangis apabila membaca baris ayat yang disusun indah..

Buat sahabatku, terima kasih atas semua sokongan & kata-kata semangat yang selalu dilontarkan, walaupun kau hanya perkatakan untuk umum, namun aku tetap hargainya.. Aku mungkin tak pandai bercerita namun aku masih mencuba, terima kasih sahabat..  Moga persahabatan ini kekal hingga ke JANNAH , insyaALLAH.. ^^

SUKA POST NI? LIKE JER.

1 comment:

wanariahamiza said...

Terima kasih sahabat atas pengiktirafan yang tidak pernah dijangkakan ini. Kita, berbeza dalam banyak aspek. Namun tujuan kita dihidupkan tidak pernah berbeza. Sama dan serupa. Menuntut keredaan Allah sepanjang masa. Moga-moga inspirasi yang aku kongsikan sedikit sebanyak terkesan di hati saudari untuk difikirkan dan dijadikan pembakar kepada semangat yang sentiasa membara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012