STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Jalan Buntu Mencari Masa Depan !

Sunday, 19 May 2013

Jalan Buntu Mencari Masa Depan !



Selamat petang semua, agak kepenatan baru balik dari sekolah untuk dapatkan pengesahan Guru Penolong Kanan  untuk sambung belajar.. Kepala ni agak berputar-putar untuk memikirkan jalan yang terbaik untuk diri sendiri.. Keputusan yang agak sukar untuk dibuat.. Sebelum tu tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI.. Berbalik kepada keputusan untuk sambung belajar, aku masih tidak menjumpai jalan yang terbaik buat diri aku.. Sekarang ini hanya satu, sebuah kolej swasta yang mungkin bakal menerbitkan graduasi-graduasi yang terkemuka.. Bertanya kepada guru kaunselor aku, cuba untuk meminta nasihat & pandangan beliau mengenai persoalan yang masih belum terungkai ini, dia cuba memberi sedikit penerangan yang agak jelas, namun hati aku masih belum menjumpai jalan yang jelas & terbaik buat diri aku.. Sementara menunggu keputusan  Politeknik Konvensional & MetRo, aku cuba berdoa & memohon agar ALLAH SWT tunjukkan aku jalan terbaik.. Pertanyaan guruku tadi, tidak berminatkah aku untuk memasuki semula alam persekolahan di Tingkatan 6? Aku hanya tersenyum & terus otakku langsung berfikir laju, kepalaku berputar laju sambil meyanyikan lagu kesakitan yang hanya bakal aku rasai nanti jika berterusan sebegini.. Jika aku masih kecil, aku mungkin menyangkakan bahawa otak aku pasti meletup jika berfikir sedemikian.. Jawapan yang masih belum aku dapat rungkaikan.. Moga ALLAH permudahkan segalanya.. InsyaALLAH, amin..

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012