STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Cerpen : Cinta bersulam kasih (Part 2)

Friday, 16 August 2013

Cerpen : Cinta bersulam kasih (Part 2)

Amira, tiba-tiba nama gadis itu menjengah kembali dalam ingatannya, susuk tubuhnya, cara percakapannya yang lembut mampu meruntuhkan iman sesorang insan yang bergelar lelaki. Dia cuba untuk melenyapkan gambaran gadis tersebut, namun dia masih belum kuat untuk melupakan apa yang berlaku terhadapnya meskipun kekuatannya sebagai seorang lelaki tetap mempunyai ego.

Tiga tahun yang lalu…

Hari ini adalah hari yang paling bermakna buat aku, aku bakal menjadi suami kepada Amira, buah hati yang aku sangat sanjungi dan sayangi selama ini, setelah lima tahun janji termaktub bersulamkan cinta dan kebahagiaan, akhirnya dia bakal menjadi milik aku secara sah untuk selamanya dan aku berjanji setelah diijab kabulkan nanti tiada lagi istilah perempuan selain Amira yang menjadi permaisuri dihatiku. Persiapan telah dibuat dengan rapi supaya majlis akad nikah nanti tiada cacat celanya dan sempurna seperti yang diidamkan-idamkan. Semuanya hasil kerja penuh kesempurnaan yang direka khas oleh aku buat Amira supaya hari indah ini menjadi hari yang paling bersejarah dalam hidup kami.
Waktu yang di tunggu-tunggu telah tiba, tepat jam tiga petang para tetamu mulai hadir, dan tok kadi sudah sampai, ketika mula tangan ku disambut untuk diijab kabulkan, tiba-tiba perkara yang tidak ku jangka berlaku tanpa diduga.

“ Hanif! Amira dah tak ada dalam bilik, macam mana ni?”, ujar teman Amira yang juga menjadi mak andam untuk perkahwinan kami.

Suara tetamu yang hadir mulai gamat berbisik sesama sendiri, aku berusaha untuk tidak panik dan terus ke bilik Amira, cuba mencari kelibat beliau, namun hanya sekeping nota sahaja yang di tinggalkan.

Awak, maafkan saya, saya tak dapat teruskan pernikahan ini, Ketahuilah bahawa saya bukan milik awak lagi taktala awak sedang membaca nota ini, hati saya milik orang lain, saya tidak berniat untuk malukan awak di hari pernikahan kita, namun masa yang tidak mengizinkan, saya tahu bahawa awak cintakan saya, saya hargai ketulusan hati awak, namun jodoh kita hanya sampai di sini sahaja, halalkan segalanya yang pernah awak curahkan kepada saya, sampaikan salam maaf saya kepada keluarga kita.

Salam sayang,
Amira

Sejak dari hari itu, hati aku mulai terkunci untuk mengenali insan yang bergelar wanita walaupun mama seringkali cuba memperkenalkan anak-anak sahabat mama. Namun, bagi aku, dimata mereka hanya mementingkan kebendaan, paras rupa yang kacak dan sudah semestinya poket yang tebal dilimpahi wang ringgit, sangat materiallistik. Bagi aku, insan yang bergelar wanita merupakan pemusnah kehidupan seorang lelaki.


Bersambung.....

SUKA POST NI? LIKE JER.

1 comment:

Anies Anierah said...

salam syawal..memang suka buat cerpen ya?..nice blog n nice entry jg.klu sudi jenguk blog sy ya http://dibawahcahayalampu.blogspot.com..terima kasih^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012