STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Cerpen : Cinta bersulam kasih (Part 1)

Sunday, 11 August 2013

Cerpen : Cinta bersulam kasih (Part 1)

Gedebukk!!! “ Adoi! ”

“ Angah, bunyi apa tu? Bangunlah, dah lewat ni, apalah nak jadi dengan engkau ni ngah, kalau kau tu perempuan dah tak ada siapa lagi nak masuk meminang engkau ”, bebel Datin Hasnah.

“ Dah bangun ke angah tu? ”, sapa Dato’ Hasyim.

“ Belum lagi abang, anak jantan awak tu macam tunggu anak ayam jantan bertelur gamaknya baru nak bangun. Penat saya menjerit sampai anak tekak ni dah pedih memanggil anak jantan awak tu, tak juga nak bangun”.

“ Angah dah bangun ni ma, asyik-asyik membebel je, telinga angah ni dah cair tau dengar mama membebel “

Mengeluh panjang Datin Hasnah dan Dato’ Hasyim melihat kelakuan anak bongsunya yang bernama Hanif itu, bukannya nak cari kerja, walaupun baru sahaja manamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah dalam bidang kejuruteraan, namun minatnya masih belum kearah pekerjaan walaupun sudah berpuluh-puluh kali Dato’ Hasyim cuba untuk memujuk beliau supaya mengambil alih tugas beliau di syarikat.

“ Angah, cubalah belajar cari kerja, asyik makan, tidur, keluar tengah-tengah malam, dah macam burung hantu dah mama tengok. Cuba buat perkara yang berfaedah, tolong papa dekat syarikat ke, apa guna ada ilmu didada kalau masih belum praktikkan. Mama bukan nak marah angah, angah dah besar, dah boleh fikir yang mana baik buruk. Mama cuma nak yang terbaik untuk anak mama, awak tu bukannya muda lagi, nanti nak carikan mama bakal menantu pula.” Panjang lebar hujah Datin Hasnah sambil tersenyum penuh makna.

“ Mama papa, pasal syarikat tu mungkin angah boleh pertimbangkan, tapi kalau pasal bakal menantu tu, please don’t ask me again, angah malas nak fikir lagi and I need a time to be alone. Angah tak nak kisah lama berulang kembali.” Keluh Hanif.

Kisah lama yang membuatkan aku susah untuk berfikir dan meyakitkan hati, andai dapat diundurkan masa kembali, aku tidak akan sesekali memilih dia sebagai calon menantu buat mama dan papa dan menjadi suri dihatiku.

“ Pasal syarikat tu, just take your time, pintu syarikat tu sentiasa terbuka untuk angah, tapi jangan ambil masa yang lama sangat, papa memerlukan angah untuk belajar selok belok syarikat tu dan pasal menantu ni papa tak nak masuk campur, siapa pun pilihan hati angah, itulah pilihan papa asalkan baik budi pekertinya, mama kau tu yang beria sangat nakkan menantu, cepat dapat cucu katanya.” Senyum Dato’ Hisyam.

“ I will think about it,” ujar Hanif dengan harapan agar mamanya tidak akan mengulangi persoalan itu lagi.


Bersambung....

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012