STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: September 2013

Wednesday, 18 September 2013

Terima Kasih Semua ^^



Alhamdulillah, pada 17hb September baru-baru ini, aku telah menjejakkan kaki melangkah ke alam remaja 18 tahun. Usia yang penuh dengan cabaran dan sebagai permulaan untuk sebuah kelangsungan hidup yang sentiasa menuju ke sebuah destinasi keberkatan. Terima kasih buat keluarga sahabat, rakan, guru, adik, kakak & abang yang memberikan ucapan serta mendoakan kebaikan untuk aku. Moga doa itu berbalik kembali kepada kalian, insyaALLAH.



Terima kasih yang tidak terhingga buat seorang sahabat, nukilan yang kau hasilkan untuk aku sangat aku hargai, sedih itu mungkin, tetapi kegembiraan itu sudah semestinya. Terima kasih.
Buat seorang sahabat & seperjuangan dalam kelasku, terima kasih untuk hadiah yang telah kau berikan, semoga akan menyuntik semangatku supaya terus berusaha dengan lebih gigih.
Buat mama & abah, terima kasih kerana melahirkan ku ke dunia ini, ku sangat bersyukur & gembira menjadi puteri buat kalian berdua. Terima kasih.
Buat guru-guru, terima kasih kerana telah menjadikan aku insan yang berguna & berpengetahuan dalam pelbagai ilmu. Tanpa kalian siapalah aku.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat untuk aku, aku memohon kepada-Nya, moga persahabatan ini akan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke syurga. Amin.
Untuk kakak-kakak bilik asramaku, terima kasih kerana melayan kerenahku selama ini, kalian semua sangat aku sayangi.

Buat semua, doakan aku supaya terus berjaya untuk menjadi insan yang berguna di dunia & akhirat. Moga kekuatan yang di beri dapat aku gunakan untuk masa hadapan. InsyaALLAH.

SUKA POST NI? LIKE JER.

Friday, 6 September 2013

Cerpen : Cinta Bersulam Kasih (Part 3)

“Puteri Sarah Diana Binti Dato’Ismail! Awak termenung apa tu? Dah sampai ke planet Marikh ke?”, sergah Puan Fatihah yang merupakan seorang pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara.
Gamat Dewan Mawar dengan bunyi sorakan dan gelak ketawa mendengar sergahan itu.

“ Shhhh.. Diam semua! Sarah? Lepas kuliah nanti, awak jumpa saya”, pesan Puan Fatihah.

“ Maafkan saya puan, baiklah”. Berdebar laju hati Sarah apabila Puan Fatihah meminta untuk berjumpa dengan dia selepas kuliah, muka tiba-tiba berubah menjadi pucat kerana tidak keruan.

  “ Masuk! Ye Sarah, jemput duduk, saya ada sedikit hal nak berbincang dengan awak.”

“ Ya Puan, jikalau pasal tadi, saya minta maaf, lain kali saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi.”

“ Sarah, awak merupakan salah seorang pelajar cemerlang fakulti undang-undang, saya cuma pelik dengan kelakuan awak sejak beberapa hari ini, awak asyik termenung ketika dalam kelas saya juga kelas-kelas yang lain, saya takut ini akan merosakkan prestasi pembelajaran awak. Boleh saya bertanya? Apakah masalah yang awak sedang hadapi sekarang? Awak boleh bercerita pada saya dan saya bersedia untuk mendengar bila-bila apabila awak sudah bersedia.”

“ Saya keluar dulu puan, assalamualaikum”

“ Wa’alaikumsalam.” Jawab Puan Fatihah dengan penuh tanda Tanya dengan harapan agar pintu hati Sarah akan terbuka untuk bercerita.

Muka Sarah mula berubah warna, samaada mahu menangis atau menahan malu kerana peristiwa di kelas tadi. Dia cuba untuk tidak mencampurkan urusan peribadi dengan pembelajaran namun dia juga tidak mampu dan berdaya. Keluarga mereka akan berpecah belah, mama dan papa akan bercerai, kasih sayang antara mereka pasti akan terlerai jika hal ini tidak diselesaikan dengan segera. Anak mana yang mahu melihat perkahwinan yang terbina selama tiga puluh tahun musnah sekelip mata akibat orang ketiga. Papanya mula menjalinkan hubungan bersama seorang wanita muda, sebaya dengan Sarah. Sakit hati mula menjengah ke dalam diri apabila teringatkan hari dimana mama dan papanya bergaduh kerana papanya sudah banyak hari tidak pulang kerumah. Hati isteri mana yang tidak robek jika suaminya mempunyai hubungan sulit bersama perempuan lain yang sebaya dengan anaknya sendiri. Hancur hati, luluh jiwa ini taktala papa mula dingin bersama mama mahupun anak-anak.

“ Angah, malam ni angah balik awal tau, mama nak jemput kawan mama makan malam dekat rumah kita “, pesan Datin Hasnah




Bersambung...

SUKA POST NI? LIKE JER.

Segmen : MKM MINI SPECIAL GIVEAWAY

Lama tak buat entry & join segmen, sibuk dengan assigment*kononya ( haha ), jom join segmen ni :)



Syarat Penyertaan Giveaway
1. Follow blog Add/Follow FB Izzat Syahir dan Like Fanpage Mujahadah Kalam Muslim
2. Like Fanpage 4Life Transfer Factor Pantai Timur Besut & Batu Pahat
3. Buat entri bertajuk MKM MINI SPECIAL GIVEAWAY
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
6. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
7. Giveaway ini akan berlangsung dari 5/9/2013 sehingga 10/10/2013


Hadiah Giveaway
1. TOP REFERRAL: HADIAH MISTERI
2. 12 FELT BOOKMARK
3. 2 MAJALAH JOM
4. 1 BUAH BUKU KANAK-KANAK
5. 10 HADIAH MISTERI
6. 5 BUTTON

30 HADIAH UNTUK DIMENANGI


SUKA POST NI? LIKE JER.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012