STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Cerpen : Cinta Bersulam Kasih (Part 3)

Friday, 6 September 2013

Cerpen : Cinta Bersulam Kasih (Part 3)

“Puteri Sarah Diana Binti Dato’Ismail! Awak termenung apa tu? Dah sampai ke planet Marikh ke?”, sergah Puan Fatihah yang merupakan seorang pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara.
Gamat Dewan Mawar dengan bunyi sorakan dan gelak ketawa mendengar sergahan itu.

“ Shhhh.. Diam semua! Sarah? Lepas kuliah nanti, awak jumpa saya”, pesan Puan Fatihah.

“ Maafkan saya puan, baiklah”. Berdebar laju hati Sarah apabila Puan Fatihah meminta untuk berjumpa dengan dia selepas kuliah, muka tiba-tiba berubah menjadi pucat kerana tidak keruan.

  “ Masuk! Ye Sarah, jemput duduk, saya ada sedikit hal nak berbincang dengan awak.”

“ Ya Puan, jikalau pasal tadi, saya minta maaf, lain kali saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi.”

“ Sarah, awak merupakan salah seorang pelajar cemerlang fakulti undang-undang, saya cuma pelik dengan kelakuan awak sejak beberapa hari ini, awak asyik termenung ketika dalam kelas saya juga kelas-kelas yang lain, saya takut ini akan merosakkan prestasi pembelajaran awak. Boleh saya bertanya? Apakah masalah yang awak sedang hadapi sekarang? Awak boleh bercerita pada saya dan saya bersedia untuk mendengar bila-bila apabila awak sudah bersedia.”

“ Saya keluar dulu puan, assalamualaikum”

“ Wa’alaikumsalam.” Jawab Puan Fatihah dengan penuh tanda Tanya dengan harapan agar pintu hati Sarah akan terbuka untuk bercerita.

Muka Sarah mula berubah warna, samaada mahu menangis atau menahan malu kerana peristiwa di kelas tadi. Dia cuba untuk tidak mencampurkan urusan peribadi dengan pembelajaran namun dia juga tidak mampu dan berdaya. Keluarga mereka akan berpecah belah, mama dan papa akan bercerai, kasih sayang antara mereka pasti akan terlerai jika hal ini tidak diselesaikan dengan segera. Anak mana yang mahu melihat perkahwinan yang terbina selama tiga puluh tahun musnah sekelip mata akibat orang ketiga. Papanya mula menjalinkan hubungan bersama seorang wanita muda, sebaya dengan Sarah. Sakit hati mula menjengah ke dalam diri apabila teringatkan hari dimana mama dan papanya bergaduh kerana papanya sudah banyak hari tidak pulang kerumah. Hati isteri mana yang tidak robek jika suaminya mempunyai hubungan sulit bersama perempuan lain yang sebaya dengan anaknya sendiri. Hancur hati, luluh jiwa ini taktala papa mula dingin bersama mama mahupun anak-anak.

“ Angah, malam ni angah balik awal tau, mama nak jemput kawan mama makan malam dekat rumah kita “, pesan Datin Hasnah




Bersambung...

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012