STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Cerpen : Cinta Bersulam Kasih (Part 4)

Friday, 18 October 2013

Cerpen : Cinta Bersulam Kasih (Part 4)



“ Angah, malam ni angah balik awal tau, mama nak jemput kawan mama makan malam dekat rumah kita “, pesan Datin Hasnah
“Insyaallah ma kalau kerja cepat habis, lagipun baru seminggu angah kerja, banyak benda lagi yang kena belajar, kalau papa izinkan balik awal nanti angah balik.”
“Abang, jangan lupa balik awal malam ni, rumah kita ni ada orang nak datang, along pun nak balik juga malam ni, dapatlah awak bermain dengan cucu kesayangan awak nanti“, senyum lebar Datin Hasnah.
“Kalau kerja saya tak banyak, sempatlah saya balik awal.” Datuk Hasyim berlalu pergi.
Sejak mula bekerja, Hanif mula menunjukkan prestasi serta mengumpulkan konsentrasi dan semangatnya hanya untuk kerja, setelah selesai perkara di pejabat dia terus pulang ke rumah dan tidak lagi keluar malam seperti dulu. Dia mula menunjukkan sikap perubahan yang positif.
“Sarah, malam ni ikut mama, kawan mama ajak kita makan malam di rumahnya.” Pesan Puan Habibah.
“Sarah penatlah ma, kalau tak pergi boleh tak? Mama sahaja yang pergi, lagipun Sarah banyak kerja perlu dibuat ni.”
“Mana boleh macam tu sayang, malam ni Sarah ikut mama tau, lagipun esokkan cuti, kuliah tak ada.”
“Baiklah, Sarah ikut mama, tapi jangan lama-lama tau, Sarah banyak assignment nak kena siapkan.”
“Pakai baju cantik-cantik tau, mama nak kenalkan Sarah dengan kawan lama mama, dah lama mama tak jumpa dia selepas habis belajar dulu“, ujar Puan Habibah.
“Tapi nak pergi rumah siapa?” Bisik Sarah didalam hatinya.
Perasaannya mula tertanya-tanya, mamanya tidak pernah berkelakuan seperti ini, selalunya jika Sarah tidak mahu mengikut pasti dia akan mengiayakan sahaja. Tetapi tidak kali ini, detik hati Sarah ini mungkin perkara penting, tetapi apa?
“Kejap lagi angah balik mama, banyak kerja belum siap ni, angah suruh papa balik dulu, kejap lagi angah balik, janji! Assalamualaikum mama“, janji Hanif. Lantas dia menyiapkan kerja-kerja yang masih perlu disiapkan secepat mungkin untuk mesyuarat dengan ahli lembaga pada pagi esok. Dia juga berfikir mengapa mamanya beria-ria menyuruhnya pulang secepat yang mungkin, baginya untuk berjumpa dengan orang tidak dikenali itu bukanlah suatu perkara yang mustahak kecuali atas urusan kerja, barulah dia ingin berjumpa.
Baginya, kebahagiaan yang ada dalam dirinya hanya dulu, sebelum mama dan papanya bertengkar serta memutuskan untuk bercerai, kini, semua itu hanyalah satu igauan ngeri yang makin menyeksakan hatinya. Namun, disebalik apa yang terjadi, Balqis mengetahui bahawa Sang Pencipta telah menetapkan yang terbaik buat dirinya serta mamanya. Baginya, ini adalah takdir yang telah ditetapkan untuknya dan Balqis bersyukur kerana masih mempunyai mama yang kasih sayangnya sikit pun tidak pernah luntur. Meskipun papanya tidak pernah mengambil peduli mengenai dirinya, dia tidak pernah kisah jika suatu hari nanti jasa mamanya yang hanya dibalas hingga hujung nyawanya.



Bersambung...

SUKA POST NI? LIKE JER.

1 comment:

iu-hazirah said...

jemput join

http://www.iuzira.com/2013/11/anniversary-giveaway-by-anadiera.html

http://www.iuzira.com/2013/11/easy-peasy-giveaway-by-fd-part-2.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012