STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Cerpen : Cinta Bersulam Kasih (Part 5)

Wednesday, 13 November 2013

Cerpen : Cinta Bersulam Kasih (Part 5)

 “Mama, kita nak ke rumah siapa ni? Macam ada malam penting je malam ni, Sarah ada banyak kerjalah ma, assignment dah nak hantar lusa, penting sangat ke malam ni ma?” Soal Sarah.
“Rumah kawan lama mama, mama dah lama lost contact dengan dia, tiba-tiba hari tu terjumpa balik dekat salon. Terkejut mama, ni yang dia jemput kita, nak sambungkan balik tali silaturrahim yang dah lama terpisah tu”, ujar Puah Habibah panjang lebar.
Dalam fikiran Sarah, hati mamanya itu yang paling penting, apa yang terbaik buat mama, itulah yang terbaik buat Sarah. Dia cuba untuk tidak melawan semua kehendak mama selagi ianya tidak bercanggah dengan agama. Dia mahu menjadi anak yang solehah buat mamanya, namun perasaan hati yang sakit dengan perangai papanya membuatkan dia cuba untuk menghilangkan perasaan itu namun dia tidak mampu.
“Balqis, kalau mama nak tanya sikit boleh tak?”, senyum Puan Habibah.
“Apa ma? Macam serius saja bunyinya”, teka Sarah.
“Sarah sudah ada teman lelaki? Mama tengok Sarah selalu sibuk dengan belajar, jarang keluar dengan rakan-rakan. Bukan mama tak suka, mama lagi bersyukur kerana Sarah tidak terlibat dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama dan menjaga nama baik keluarga kita, mama tahu Sarah baik orangnya. Tapi, umur Sarah dah masuk 23 tahun, kalau sudah ada calon bagitahu mama, bawa jumpa mama, mama nak juga kenal orang yang pandai ambil hati anak mama yang benkeng ni”, penjelasan panjang oleh Puan Habibah diselangi dengan usik.
“Mama, selagi boleh, Sarah nak orang itu sah bersama Sarah, mama bukan ke selalu pesan, bercinta selepas nikah itu sangat indah. Sarah mengimpikan perkara seperti itu berlaku dalam kehidupan Sarah. Biarlah orang itu  boleh menjaga Sarah, zuriat kami di dunia dan akhirat. Kalau boleh, Sarah nak habiskan belajar dulu sebelum berfikir mengenai perkara ni, tapi kalau tak dapat nak elak juga nak buat macam mana, jodoh, ajal, maut, semua di tangan Tuhan.” Senyum Sarah.



Bersambung...

SUKA POST NI? LIKE JER.

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

Cerita Hati ^^ said...

W'slm. Terima kasih kerana menjengah :) in sha Allah ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012