STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Jejak Dosa By Nur Mayani

Wednesday, 27 November 2013

Jejak Dosa By Nur Mayani

                                                                                        
Alhamdulillah, dengan izin Allah, sudah beberapa hari tamatnya peperiksaan Semester 1 bagi pelajar Tingkatan 6 seluruh Malaysia. Semoga keputusan yang dikeluarkan nanti gempak :) Hari ini, aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua, kelmarin, aku ada lihat suatu post di Facebook yang mencari tiga pemenang untuk memenangi buku JEJAK DOSA yang ditulis sendiri oleh Nur Mayani. Sejujurnya, aku tidak pernah mengenali penulis ini, tetapi setelah dilihat biografi yang ditulis di belakang buku gambar yang dipost itu, beliau seperti seorang penulis dan bagi aku adalah seorang pemikir yang hebat. Jadi, aku telah mencuba nasib dengan menghantar karya cubaan ku. Jikalau korang hendak mencuba, boleh pergi kesini :


Cubaan karyaku : Tangan Kecil

Hari ini, sudah cukup sebulan pemergian arwah. Sebulan yang seakan-akan kelmarin Sang Pencipta menjemputnya kembali pada tempat asalnya. Masih terngial-ngial di telinga ku suara arwah yang sering bercerita, tidak pernah bosan untuk berkata-kata walaupun hanya sepatah. Kesedihan yang tidak dapat aku sangkal lagi, air mata mula bergenang laju, namun aku tahu Dia telah tetapkan yang terbaik untuk aku dan kami sekeluarga.

"Ain, sudahlah. Mak tengok Ain dah beberapa hari tiada selera makan. Mak tak mahu tengok Ain macam ini. Mari, mak suapkan Ain". Sapa Mak Hanum, ibu Ain. Seorang ibu yang sangat penyayang, memahami setiap keperluan hidup anak-anaknya. Tanpa Mak Hanum, Ain merasakan hidupnya kosong selepas permergian arwah yang sangat disayanginya.

"Mak, tak mengapalah, Ain masih kenyang lagi, lagipun Ain perlukan masa untuk bersendirian. Kalau Ain lapar, nanti Ain cakap dekat mak", kata Ain diselangi senyum yang penuh dengan kesedihan yang diselindungnya. Namun, sebagai mak yang melahirkannya, membesarkannya dan setiap masalah diluahkan kepadanya, Mak Hanum tahu yang Ain masih bersedih.

Aidil, ibu nak Aidil tahu yang ibu sayangkan Aidil lebih dari segala-galanya. Walaupun ibu tahu yang Aidil adalah hasil hubungan haram ibu dan ayah Aidil, ibu berdosa Aidil, maafkan ibu sayang, ibu tahu ini adalah balasan Tuhan pada ibu setelah semua ini berlaku. Namun, setelah ayah Aidil tinggalkan ibu, hanya Aidil sahaja harta yang ibu ada. Ibu tak hiraukan Aidil, ibu benci lihat muka Aidil. Tiap kali wajah kecil Aidil menatap mata ibu, ibu hanya lihat wajah ayah Aidil yang ibu benci. Hingga suatu hari, Aidil jatuh sakit, doktor khabarkan yang Aidil ada masalah jantung, masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ibu, ibu minta ampun sayang. Mulai hari itu, ibu jaga Aidil baik-baik, segala perasaan benci itu ibu buang supaya ibu dapat Aidil jaga sebaiknya. Tapi, Tuhan lebih sayangkan Aidil kerana Tuhan menjemput Aidil lebih awal dari ibu. Doakan ibu sayang, moga kita berjumpa di Jannah nanti, ibu akan selalu lawat kubur Aidil, doakan kesejahteraan Aidil dekat sana. Doakan ibu menjadi insan yang baik pada masa akan datang di dunia dan akhirat. Ibu sayang Aidil.

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012