STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: December 2013

Sunday, 22 December 2013

Kasut Sukan Baru ^^



Selamat malam semua. Alhamdulillah masih terus bernafas hari ni :). Tak tau nak update apa :( Semalam, kitaorang satu family pergi jalan-jalan sambil membeli belah, sekolah dah nak bukak, jadi, habiskan duit la untuk beli pakaian sekolah. Aku? Beli pakaian seragam baru untuk pengawas sesi tahun depan, sebab barang-barang aku masa lower six dah cukup & masih boleh diguna pakai lagi. Kemalasan melanda bila kena jadi pengawas, walaupun aku tau amanah dah ditetapkan untuk aku. Nak atau tidak,  perlu terima dengan hati terbuka :) Semalam, masa jalan-jalan, kitaorang masuk kedai kasut untuk beli kasut sekolah adik aku, tangan aku pun terus je pergi belek kasut sukan. Cantik tak payah cakap, tengok harga pun aku dah senyap. Budget aku tak cukup woii. Duit aku simpan ada sikit-sikit je. Nak mintak takut menyusahkan. Nenek aku pun tengok aku duk belek-belek kasut tu. Nenek aku cakap kalau nak ambil jela, kasut aku yang selalu aku pakai untuk main badminton dengan kawad dah lusuh, tapak kasut dah rosak. Aku cakap biar jela dulu. Tak nak menyusahkan. Lepas tu,pak sedara aku pun cakap ambik jela, aku pun pilih kasut yang aku berkenan.
 


kasut jenama LINE 7 : RM 49.99

Rupa-rupanya, paksedara aku nak belanja. Ni yang sayang ni :) TQ Cikmi. Dia suruh aku amik yang mahal sikit daripada ni, tapi aku yang tak nak. Takat ni, kira alhamdulillah orang nak belanja. Lagi pun, aku guna bukan nak main peringkat Sukan Dunia, takat-takat peringkat sekolah boleh jela.^^

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 18 December 2013

Giveaway Tamat! Rezeki Bulan Disember :)



Dengan lafaz bismillah, Giveaway yang aku anjurkan bersama rakan aku secara rasminya DITUTUP. Walaupun tiada sambutan, hanya 2 orang sahaja yang mencuba nasib walaupun tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tapi tak mengapa, review blog para peserta akan turut dilaksanakan. In Sha Allah :)

Bercerita mengenai rezeki, alhamdulillah, aku Tudung Pashima Turki saiz besar dari Giveaway KLIK SINI.
Hadiah tengah on the way. Terima kasih :) Korang kalau nak membeli belah tudung boleh ke sini.

Kedua, dah kalau namanya rezeki tak akan kemana, alhamdulillah, aku berjaya menjadi pemenang hadiah utama Giveaway KLIK SINI. Hadiah? RM50. Masyuk tu. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak :)

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 11 December 2013

Review Blog & Topup Giveaway By Aika & Ain



[ STICKY POST UNTIL 11TH DECEMBER 2013]


Bismilahirahmanirahim.


Review Blog & Topup Giveaway By Aika & Ain

Review Blog & Topup Giveaway By Aika & Ain bermula pada hari ini, 4hb Disember 2013, iaitu tepat jam 8.30 malam sehingga 8.30 malam 11 Disember 2013. GA ini hanya berlangsung selama seminggu. Jadi, anda semua dijemput untuk memeriahkan GA kali ini.

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia sahaja.
  2. Wajib mempunyai blog & facebook (Twitter & instagram) *sunat.
  3. Wajib follow blog, like fanpage, add twitter & instagram*jika ada semua sponsor.
  4. Buat entry bertajuk "Review Blog & Topup Giveaway By Aika & Ain".
  5. Tampal gambar giveaway tersebut & backlink/letakkan link giveaway.
  6. Giveaway akan berlangsung seperti biasa jika penyertaan melebihi 20 orang, jika kurang, secara automatiknya TOPUP tidak akan diberikan & review blog sahaja sebagai hadiah. Jadi, ajak kawan-kawan yang lain ok?
  7. Pemenang akan dipilih melalui Encik Random. 
Senarai sponsor :
  1. Follow blog : AIKA , AIN,
  2. Like fanpage : 



     3. Follow twitter :


     4. Follow instagram*kalau ada : Elsamyra

     5. Senarai hadiah :

           1. Review blog : 5 Orang
           2. Topup (Celcom/Maxis/Digi) : 4 Orang x RM 5
           3. Shishiedo mask : 3 keping x 2 Orang

Selamat menjoinkan diri.

p/s : Kepada yang nak jadi sponsor, boleh pm Aika di FB.


SUKA POST NI? LIKE JER.

Thursday, 5 December 2013

3 Cerita, 3 Situasi Berbeza



Selamat petang semua. Sebenarnya, aku nak buat entry ni kelmarin, tapi tak kesampaian. Jadi aku buat entry ni hari ni. Dua hari lepas, aku dapat berita daripada sahabat aku yang ayah guru geografi fizikal aku dah meninggal akibat serangan strok. Dah dekat seminggu arwah sakit. Al-fatihah untuk arwah ayah cikgu aku.

Cerita kedua, pagi semalam, aku terkejut dari tidur selepas azan subuh. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi, ada lima keping mesej dari sahabat-sahabat aku yang mengatakan bahawa ayah salah seorang rakan sekelasku telah kembali ke rahmatullah sebelum subuh itu. Sempat juga aku mengenali ayah arwah yang beberapa kali datang ke sekolah bagi menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah kami. Namun, tiada kesakitan & tanda-tanda yang arwah akan pergi menghadap illahi. Al-fatihah.

Cerita ketiga mengenai banjir yang kini berlaku hampir di seluruh pantai timur. Aku dikejutkan dengan berita yang rumahnya sudah ditenggelami air. Nasib mungkin tidak menyebelahi beliau, mungkin ada barang-barang kesayangan sahabatku ini tenggelam kerana tidak dapat diselamatkan oleh kerana beliau kini berada di pusat pengajian tinggi. Harapan aku moga keluarganya berada dalam keadaan yang selamat & perkara ini tidak berlarutan. Aku yakin bahawa Tuhan ingin memberikan yang lebih baik untuk kau sekeluarga. Amin.

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 4 December 2013

Simple Holiday Giveaway by SN



Jom join GA ni :)
SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN
11 NOV - 6 DEC

[ CLICK BANNER TO JOIN ]
_________________________________________________________________________________

SENARAI HADIAH
SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN

1. Abaya Dubai material nida by Hasnur Haniim Collection's x1
2. Dress Damia material chiffon ( full lining ) by Hasnur Haniim Collection's x1
3. Sepasang Handsock by Hasnur Haniim Collection's x1
4. Felt Craft by Jaja x3
5. Tasbih Digital + Kompas by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop x5
6. Pensel box (lengkap alat tulis + pensel warna) by Tudung & Pakaian Muslimah
ShuhadaHalim SemuaShop x1
7. Pasmina turki saiz besar by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop x1
8. Tudung turki bidang 50 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalaim SemuaShop x1
9. Tudung turki bidang 60 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop x1
10. Shawl by SoldOutScarves x2
11. Lotion by Eymasu x2
12. Layered Cardigan warna royal blue by NisAza Hijab x1 *postage ditanggung pemenang*
13. Pashmina by Nur Illa x3
14. 2 Keychain by Saljiah Zafirah x1
15. Button badge by Ain Rahman x2
16. Cute notebook by Ain Rahman x1
17. 2 Unit Fridge Magnet by Nur Farahain x2
18. Top Up RM 5 by Khalid Kyle x2
19. Top Up RM 5 by Nor Nadia Syakila x3
20. Top Up RM 5 by Siti Norhaziqah x2
21. Top Up RM 5 by Nadia NK x2








SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 3 December 2013

23th Birthday Giveaway by MisEyz Blurz



Bismilahirahmanirahim. Saya menjoinkan diri untuk GA kali ini :)


klik SINI untuk join

SUKA POST NI? LIKE JER.

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM



Selamat malam semua :) Jom join GA ni, manalah tau ada rezeki banjir-banjir ni. Hehehe.




Nak join? klik SINI


SUKA POST NI? LIKE JER.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012