STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: 3 Cerita, 3 Situasi Berbeza

Thursday, 5 December 2013

3 Cerita, 3 Situasi Berbeza



Selamat petang semua. Sebenarnya, aku nak buat entry ni kelmarin, tapi tak kesampaian. Jadi aku buat entry ni hari ni. Dua hari lepas, aku dapat berita daripada sahabat aku yang ayah guru geografi fizikal aku dah meninggal akibat serangan strok. Dah dekat seminggu arwah sakit. Al-fatihah untuk arwah ayah cikgu aku.

Cerita kedua, pagi semalam, aku terkejut dari tidur selepas azan subuh. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi, ada lima keping mesej dari sahabat-sahabat aku yang mengatakan bahawa ayah salah seorang rakan sekelasku telah kembali ke rahmatullah sebelum subuh itu. Sempat juga aku mengenali ayah arwah yang beberapa kali datang ke sekolah bagi menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah kami. Namun, tiada kesakitan & tanda-tanda yang arwah akan pergi menghadap illahi. Al-fatihah.

Cerita ketiga mengenai banjir yang kini berlaku hampir di seluruh pantai timur. Aku dikejutkan dengan berita yang rumahnya sudah ditenggelami air. Nasib mungkin tidak menyebelahi beliau, mungkin ada barang-barang kesayangan sahabatku ini tenggelam kerana tidak dapat diselamatkan oleh kerana beliau kini berada di pusat pengajian tinggi. Harapan aku moga keluarganya berada dalam keadaan yang selamat & perkara ini tidak berlarutan. Aku yakin bahawa Tuhan ingin memberikan yang lebih baik untuk kau sekeluarga. Amin.

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012