STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Kasut Sukan Baru ^^

Sunday, 22 December 2013

Kasut Sukan Baru ^^



Selamat malam semua. Alhamdulillah masih terus bernafas hari ni :). Tak tau nak update apa :( Semalam, kitaorang satu family pergi jalan-jalan sambil membeli belah, sekolah dah nak bukak, jadi, habiskan duit la untuk beli pakaian sekolah. Aku? Beli pakaian seragam baru untuk pengawas sesi tahun depan, sebab barang-barang aku masa lower six dah cukup & masih boleh diguna pakai lagi. Kemalasan melanda bila kena jadi pengawas, walaupun aku tau amanah dah ditetapkan untuk aku. Nak atau tidak,  perlu terima dengan hati terbuka :) Semalam, masa jalan-jalan, kitaorang masuk kedai kasut untuk beli kasut sekolah adik aku, tangan aku pun terus je pergi belek kasut sukan. Cantik tak payah cakap, tengok harga pun aku dah senyap. Budget aku tak cukup woii. Duit aku simpan ada sikit-sikit je. Nak mintak takut menyusahkan. Nenek aku pun tengok aku duk belek-belek kasut tu. Nenek aku cakap kalau nak ambil jela, kasut aku yang selalu aku pakai untuk main badminton dengan kawad dah lusuh, tapak kasut dah rosak. Aku cakap biar jela dulu. Tak nak menyusahkan. Lepas tu,pak sedara aku pun cakap ambik jela, aku pun pilih kasut yang aku berkenan.
 


kasut jenama LINE 7 : RM 49.99

Rupa-rupanya, paksedara aku nak belanja. Ni yang sayang ni :) TQ Cikmi. Dia suruh aku amik yang mahal sikit daripada ni, tapi aku yang tak nak. Takat ni, kira alhamdulillah orang nak belanja. Lagi pun, aku guna bukan nak main peringkat Sukan Dunia, takat-takat peringkat sekolah boleh jela.^^

SUKA POST NI? LIKE JER.

1 comment:

Ezzah Fawzi said...

hi.. jemput ke blog sy jgk.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012