STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: 2014

Tuesday, 28 October 2014

Nota Diri #4





Senyum menghasilkan beribu kekuatan dan juga menjadi sedekah. Cubalah untuk senyum walaupun di dalamnya terdapat kelukaan. 
Jika mampu berbuat demikian, dirimu hebat 



SUKA POST NI? LIKE JER.

Saturday, 11 October 2014

Pembetulan, Buat Aku Jadi Betul ≧◠◡◠≦✌


Hari ni, aku ponteng asrama. Haiyoo, malas nak pergi. Jujur dari hati aku, bila masuk je pintu besar asrama aku, terasa ibarat batu besar yang bergumpalan dengan masalah menghempap kepala aku yang hampir separuh senget ni. Malam ni, sibuk siapkan kerja rumah a.k.a pembetulan kertas peperiksaan subjek Bahasa Melayu Ujian Percubaan STPM Negeri Terengganu.



 
 
Confirm, esok aku tak pergi sekolah (─‿‿─) *pemalas
Dengan adanya cara pembetulan ni, buat aku jadi betul pada masa akan datang apabila menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan. Amin. (>‿◠)✌

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 8 October 2014

Kenapa Rasulullah Tidak Mempunyai Bayang?



Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. 
Rahmatan Lilalalmin.
baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...
Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....
Sollu alan Nabi...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 
Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -
ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW
Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.
Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu 
Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”
Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :
Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”
Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”
Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”
Istimewanya darah Rasulullah SAW:
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”
Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”
Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”
Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”
Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”
Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:
1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)
2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)
3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)
4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)
5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)
6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)
7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.
8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)
9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)
10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)
11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)
12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.
16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Wallahua'lam...
P/S : Jika terdapat kesalahan, mohon ditegur
 

SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 7 October 2014

Nota Diri #3




Kadang-kadang lakukan perkara yang tidak sepatutnya tanpa berfikir akan hakikat yang sebenar. Cuba untuk mencari sesuatu yang baru.
Aku pendosa tanpa noktah.

SUKA POST NI? LIKE JER.

GivEawAy BiRthdAy YoU aLLs



Wahh!! Ada blogger bermurah hati nak bagi hadiah. Jom join GA kali ni.


Klik SINI untuk join

Tarikh Lahir : 17 September 1995

SUKA POST NI? LIKE JER.

Monday, 6 October 2014

Blogger Area Mega Give Away




Klik SINI untuk join


SUKA POST NI? LIKE JER.

Birthday Giveaway by Shad



Bissmillah. Jom kita join GA kali ni.
Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join,


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh

SUKA POST NI? LIKE JER.

Monday, 29 September 2014

Nota Diri #2




Indahnya jika sentiasa menjadi yang terbaik (>‿◠)✌. Namun, aku mungkin tidak mampu kerana aku tahu batas kemampuan aku.

SUKA POST NI? LIKE JER.

Monday, 22 September 2014

Nota Diri #1

 


Kadang-kala kita yang menyusahkan kita hidup ini. Antara sedar atau tidak. (╥﹏╥)


SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 10 September 2014

#TohokBelakang : Selamat Pengantin Lama Cikmi & Cik D ≧◠◡◠≦✌


Alhamdulillah, tiga bulan yang lepas keluarga aku bertambah pula ahli. Cikmi aku akhirnya melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihannya. Kebetulan pula, aku turut menyumbang bakat dalam majlis tersebut menjadi jurugambar 'tak berbayar' pada tiga hari berturut-turut majlis tersebut berlangsung. Hehe. Ini adalah hadiah buat mereka. ♥(ˆ⌣ˆԅ)






 


Masih amatur dalam bidang ni, setakat mampu sahaja terlebih dahulu (✿◠‿◠)

SUKA POST NI? LIKE JER.

Jodoh (っ◕‿◕)っ ♥



Alhamdulillah, hari ini aku masih diberi kesempatan untuk mengecapi kehidupan seperti orang lain. Cuma, persekitaran, cara kehidupan dan pegangan sahaja yang berbeza. Cuti sekolah penggal kedua bakal melabuhkan tirai pada hari ini (Pantai Timur), maka banyaklah undangan perkahwinan bakal diterima. Selalunya aku akan lakukan kerja sambilan dengan menjadi jurugambar perkahwinan sekadar untuk membantu pasangan pengantin yang memerlukan jurugambar 'save budget' macam aku ni.

Melalui ni, aku banyak melihat ragam pengantin. Terfikir juga, selepas ini banyak perkara yang perlu mereka harungi. Paling penting adalah kesabaran dan teruskan berdoa. Ini buat kalian ≧'◡'≦ ;



Duhai Hawa,
 bersediakah kamu saat dilamar untuk menjadi suri di hati Adam?
 
Wahai Adam, 
bersediakah dirimu untuk memikul tanggungjawab yang bakal memikul tanggungan yang besar kelak?

Ilmu menjadi pengukur tahap pemikiran seseorang, jodoh itu rahsia Allah SWT. Andai bertemu jodoh pada usia yang muda, apa salahnya langsungkan sahaja agar terpelihara ikatan untuk menjadi yang lebih halal. Sebaiknya, persiapkan diri dengan kekuatan rohani dan jasmani.
 
Buat sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan, Barakallah buat kalian. Ini adalah ketentuan, semoga jodoh kalian dapat membimbing dirimu dan keturunanmu pada landasan yang benar.

Selamat Pengantin Baru ≧◠◡◠≦✌

SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 9 September 2014

2nd Giveaway by Miminadam



Selamat pagi semua. Apa khabar? Hari ini, jom kita ramai-ramai join GA kali ini.


klik untuk join

Sebab-sebab menyertai GA kali ini adalah kerana ;

1. Secara jujurnya, saya ingin mendapatkan namecard yang ditawarkan. Semoga rezeki tersebut bersama saya. Amin.
2. Ingin menambah rakan-rakan blogger yang lain, semoga ukhuwah kita berpanjangan.
3. Mencari blog-blog yang boleh dijadikan sebagai bloglist sepanjang masa.

Selamat berjaya semua :)

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 3 September 2014

Keputusan MUET Julai 2014



Debaran terasa menunggu keputusan Malaysian University English Test (MUET). Sangat mendebarkan, takut tidak mencapai 'target' yang dikehendaki. ( つ﹏╰)

Tapi...
 

Aku hanya dapat Band 2 untuk keputusan MUET. (╥﹏╥) Cukup-cukup makan untuk kelayakan diterima masuk ke Universiti ≧☉_☉≦.

Syukur alhamdulillah. (>‿◠)✌


(≖͞_≖̥)
(≖͞_≖̥)

SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 19 August 2014

Giveaway Merdeka Lestari



Jom kita join GA kali ini bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung ^^

Giveaway merdeka,Kasihlestariabadi,2014
Klik banner untuk JOIN



SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 22 July 2014

Memori Sahabat



Bissmilah..
 

Taktala diri ini cuba untuk melangkah jauh,
Mencuba untuk mencari sinar kehidupan yang baru,
Mencari kekuatan,
Memulihkan semangat yang hilang.
 
Ditakdirkan sebuah pertemuan,
Melahirkan rasa kerinduan,
Mencipta sebuah perhubungan
Terjalin kisah persahabatan,
Kekal terukir indah menjadi memori. 
 
Andai hari ini hari yang terakhir,
Ku ingin titipkan ukhwah kasih antara kita.
Agar menjadi sebuah cerita yang terindah selamanya.
 
SAHABAT SELAMANYA.

SUKA POST NI? LIKE JER.

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk



Salam Ramadhan semua. Jom join GA kali ni :)


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 29 April 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2


As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)


SUKA POST NI? LIKE JER.

Friday, 4 April 2014

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway



Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

Ucapan :

Bissmilahirahmanirahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita masih di panjangkan umur untuk terus hidup di atas muka bumi ciptaan Allah SWT ini.

Pergi ke kedai bernombor lapan,
Mencari kunci yang hilang pendua,
Datang hamba membawa ucapan,
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke-2. :)

Bermula kisah sebuah cinta apabila Nabi Adam dan Hawa telah diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di dunia & mengembangkan zuriat supaya lebih ramai umat yang dicipta tunduk dengan kebesaran Maha Pencipta. Begitu juga dengan kalian berdua, dipertemu, dan dijodohkan dengan keredhaan Allah SWT. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kalian berdua telah menginjak ke tahun ke-2 sebuah perhubungan yang halal iaitu alam perkahwinan. Sesungguhnya, si Syaitan sedang menangis melihat anak cucu cicit Nabi Adam berada pada landasan sebuah perhubungan yang benar, perhubungan yang berlandaskan ketakwaan dan kekuatan. Doa saya, semoga kalian dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah yang dapat memimpin umat Islam pada masa akan datang.

Anak Ali namanya Talhah,
Pergi ke Masjid membayar khairat
Mendapat zuriat soleh dan solehah,
Semoga kekal hingga dunia akhirat.


Ikhlas,
Blogger Baru (Cerita Hati)




SUKA POST NI? LIKE JER.

Sunday, 9 February 2014

Kisah Tamim Al-Dariy Mengenai Al Masih Ad-Dajjal






Dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah SAW. Selesai solat, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda SAW tertawa dan berkata: "Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sejadahnya." Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu."

Rasulullah SAW berkata lagi: "Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah." Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah?" Binatang itu hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?" Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: "Siapa kamu ini?"

Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

"Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu."

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: "Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: "Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?" Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak berbuah."

Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabariah." Mereka menjawab: "Tentang apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab: "Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab: "Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai itu disangsikan akan kering."

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka menjawab: "Ya, mereka memeranginya." Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa Rasulullah SAW telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya."

Katanya lagi, "Rasulullah SAW menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya Rasulullah." Rasulullah SAW berkata lagi: "Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur," kata Rasulullah SAW sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah SAW telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Isfahan.

Wallahu'alam

Sumber : Tinta Pak Su

SUKA POST NI? LIKE JER.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012