STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: September 2014

Monday, 29 September 2014

Nota Diri #2




Indahnya jika sentiasa menjadi yang terbaik (>‿◠)✌. Namun, aku mungkin tidak mampu kerana aku tahu batas kemampuan aku.

SUKA POST NI? LIKE JER.

Monday, 22 September 2014

Nota Diri #1

 


Kadang-kala kita yang menyusahkan kita hidup ini. Antara sedar atau tidak. (╥﹏╥)


SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 10 September 2014

#TohokBelakang : Selamat Pengantin Lama Cikmi & Cik D ≧◠◡◠≦✌


Alhamdulillah, tiga bulan yang lepas keluarga aku bertambah pula ahli. Cikmi aku akhirnya melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihannya. Kebetulan pula, aku turut menyumbang bakat dalam majlis tersebut menjadi jurugambar 'tak berbayar' pada tiga hari berturut-turut majlis tersebut berlangsung. Hehe. Ini adalah hadiah buat mereka. ♥(ˆ⌣ˆԅ)






 


Masih amatur dalam bidang ni, setakat mampu sahaja terlebih dahulu (✿◠‿◠)

SUKA POST NI? LIKE JER.

Jodoh (っ◕‿◕)っ ♥



Alhamdulillah, hari ini aku masih diberi kesempatan untuk mengecapi kehidupan seperti orang lain. Cuma, persekitaran, cara kehidupan dan pegangan sahaja yang berbeza. Cuti sekolah penggal kedua bakal melabuhkan tirai pada hari ini (Pantai Timur), maka banyaklah undangan perkahwinan bakal diterima. Selalunya aku akan lakukan kerja sambilan dengan menjadi jurugambar perkahwinan sekadar untuk membantu pasangan pengantin yang memerlukan jurugambar 'save budget' macam aku ni.

Melalui ni, aku banyak melihat ragam pengantin. Terfikir juga, selepas ini banyak perkara yang perlu mereka harungi. Paling penting adalah kesabaran dan teruskan berdoa. Ini buat kalian ≧'◡'≦ ;



Duhai Hawa,
 bersediakah kamu saat dilamar untuk menjadi suri di hati Adam?
 
Wahai Adam, 
bersediakah dirimu untuk memikul tanggungjawab yang bakal memikul tanggungan yang besar kelak?

Ilmu menjadi pengukur tahap pemikiran seseorang, jodoh itu rahsia Allah SWT. Andai bertemu jodoh pada usia yang muda, apa salahnya langsungkan sahaja agar terpelihara ikatan untuk menjadi yang lebih halal. Sebaiknya, persiapkan diri dengan kekuatan rohani dan jasmani.
 
Buat sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan, Barakallah buat kalian. Ini adalah ketentuan, semoga jodoh kalian dapat membimbing dirimu dan keturunanmu pada landasan yang benar.

Selamat Pengantin Baru ≧◠◡◠≦✌

SUKA POST NI? LIKE JER.

Tuesday, 9 September 2014

2nd Giveaway by Miminadam



Selamat pagi semua. Apa khabar? Hari ini, jom kita ramai-ramai join GA kali ini.


klik untuk join

Sebab-sebab menyertai GA kali ini adalah kerana ;

1. Secara jujurnya, saya ingin mendapatkan namecard yang ditawarkan. Semoga rezeki tersebut bersama saya. Amin.
2. Ingin menambah rakan-rakan blogger yang lain, semoga ukhuwah kita berpanjangan.
3. Mencari blog-blog yang boleh dijadikan sebagai bloglist sepanjang masa.

Selamat berjaya semua :)

SUKA POST NI? LIKE JER.

Wednesday, 3 September 2014

Keputusan MUET Julai 2014



Debaran terasa menunggu keputusan Malaysian University English Test (MUET). Sangat mendebarkan, takut tidak mencapai 'target' yang dikehendaki. ( つ﹏╰)

Tapi...
 

Aku hanya dapat Band 2 untuk keputusan MUET. (╥﹏╥) Cukup-cukup makan untuk kelayakan diterima masuk ke Universiti ≧☉_☉≦.

Syukur alhamdulillah. (>‿◠)✌


(≖͞_≖̥)
(≖͞_≖̥)

SUKA POST NI? LIKE JER.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012