STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Jodoh (っ◕‿◕)っ ♥

Wednesday, 10 September 2014

Jodoh (っ◕‿◕)っ ♥



Alhamdulillah, hari ini aku masih diberi kesempatan untuk mengecapi kehidupan seperti orang lain. Cuma, persekitaran, cara kehidupan dan pegangan sahaja yang berbeza. Cuti sekolah penggal kedua bakal melabuhkan tirai pada hari ini (Pantai Timur), maka banyaklah undangan perkahwinan bakal diterima. Selalunya aku akan lakukan kerja sambilan dengan menjadi jurugambar perkahwinan sekadar untuk membantu pasangan pengantin yang memerlukan jurugambar 'save budget' macam aku ni.

Melalui ni, aku banyak melihat ragam pengantin. Terfikir juga, selepas ini banyak perkara yang perlu mereka harungi. Paling penting adalah kesabaran dan teruskan berdoa. Ini buat kalian ≧'◡'≦ ;



Duhai Hawa,
 bersediakah kamu saat dilamar untuk menjadi suri di hati Adam?
 
Wahai Adam, 
bersediakah dirimu untuk memikul tanggungjawab yang bakal memikul tanggungan yang besar kelak?

Ilmu menjadi pengukur tahap pemikiran seseorang, jodoh itu rahsia Allah SWT. Andai bertemu jodoh pada usia yang muda, apa salahnya langsungkan sahaja agar terpelihara ikatan untuk menjadi yang lebih halal. Sebaiknya, persiapkan diri dengan kekuatan rohani dan jasmani.
 
Buat sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan, Barakallah buat kalian. Ini adalah ketentuan, semoga jodoh kalian dapat membimbing dirimu dan keturunanmu pada landasan yang benar.

Selamat Pengantin Baru ≧◠◡◠≦✌

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012