STATUS UPDATED!
Bissmilahirahmanirahim, selamat datang ke Cerita Hati, semoga segala perkongsian bermanfaat. ツاَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Cerita Hati ツ™: Penganggur Tak Tetap Jadi Jurugambar

Friday, 6 March 2015

Penganggur Tak Tetap Jadi Jurugambar



Bissmillah. Lama rasanya tak bertapak dekat sini, hihi. Semenjak habis sekolah ni, dalam kepala aku rasa macam nak lakukan banyak kerja. Konon-kononnya nak meluangkan masa yang kosong disamping dapat cari wang saku. Manalah tau dapat rezeki sambung belajar. InshaAllah. Doakan aku ya?
 
Jadi, semenjak menjadi penganggur tak berapa nak tetap ni, alhamdulillah aku cuba untuk menceburkan diri dalam bidang fotografi. Ambil gambar orang kahwin. Betullah, rezeki yang Allah SWT kurniakan itu memang sungguh besar dan luas dengan berbekalkan usaha dan bakat yang seberapa ni.
 



 
Aku buat pakej, jadi tak kelam kabut sangat kerja aku. Murah-murah sahaja pakej yang aku sediakan, khas untuk pengantin yang ingin kurangkan bajet perkahwinan dengan harapan aku dapat bantu mereka. Pakej yang aku sediakan serendah RM 100. Walaupun keuntungan yang aku dapat hanya lebih kurang RM 20-RM30, sudah cukup memberikan kepuasan kepada diri aku.
 
Dalam masa yang sama aku cuba untuk ceburkan diri dalam bidang perniagaan disamping mencari kekuatan untuk aku berdepan dan berada dalam khalayak ramai. Alhamdulillah, dalam bidang ini banyak yang aku dapat pelajari.
 
Selamat pengantin baru ツ

SUKA POST NI? LIKE JER.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Edited By Ain Donashi ♥ All Rights Reserved © 18 Feb 2012